Monday, 29 October 2018

ANUGERAH MURID CONTOH 2018

Anugerah ini diberi setiap bulan kepada murid SK Oran. Murid yang dupilih adalah berdasarkan kepimpinan, kepatuhan disiplin, kehadiran ke sekolah, kebolehan menunjukkan contoh tauladan yang baik.
ANUGERAH MURID CONTOH
BULAN JANUARI
MOHD EIZZAT BIN ABDUL GHAFFUR
ANUGERAH MURID CONTOH
BULAN  FEBRUARI
SOLEHA BT ABDUL KARIB

ANUGERAH MURID CONTOH
NURUL HUDA DINA BT NORHAMIZI -  APRIL
AISYA SOFEA BT YUDY HEMZAN -  MEI
QASEH MAISARAH BT MD. ROKHIB -  JUN
ANIS NUR SYAIERAH BT ABDULLAH -  JULAI
AUNI HUMAYRAA BT ASWAZIR - OGOS



ANUGERAH MURID CONTOH
BULAN SEPTEMBER
AINA ZULAIKHA ABDUL HADI
ANUGERAH MURID CONTOH
BULAN OKTOBER
ADIK ZHAFRAN NAUFAL

Monday, 5 March 2018

PEMBUGARAN AMALAN GURU PENYAYANG








PELANCARAN PROGRAM MEMBUGARKAN AMALAN GURU PENYAYANG


HADIAH HARI LAHIR... SEMUA MURID DAPAT BERUS GIGI UNTUK HADIAH HARI LAHIR TAHUN NI




LEPAS TU MAKAN AIS KRIM




AIS KRIM CIKGU ZAITUN YANG BELANJA 





TERIMA KASIH CIKGU ZAITUN






 ANUGERAH MURID CONTOH BULAN FEBRUARI..TAPI WAKILKAN BAPANYA...ADIK MUHAMMAD EIZZAT MEWAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN PINGPONG




















selangkah sehaluan kali pertama 2018


AKTIVITI / PROGRAM
SELANGKAH SEHALUAN / PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 KALI PERTAMA 2018
TARIKH
18 JANUARI 2014 (Sabtu)
MASA
8.00 PAGI ~ 11.30 PAGI
TEMPAT
DEWAN SERI ORAN
PERASMI / PENCERAMAH
Ucapan – Tuan Haji adzhar bin Shafie
Taklimat PPSR & Profil Murid – Pn. Ruzaida bt Ahmad
Taklimat PAJSK – En. Kamarulridzwan bin Kamaruddin
Taklimat Psikometrik – Pn. Wan Maizatulhoriyah bt Wan Mokhtar
MATLAMAT
1.     Menjalinkan hubungan baik antara ibu bapa dan penjaga dengan guru dan pentadbir di sekolah.
2.     Memaklumkan maklumat terkini berkaitan program kecemerlangan sepanjang tahun 2018.
3.     Memberi pendedahan kepada ibu bapa berkaitan pentaksiran yang akan dihadapi oleh murid tahun seperti Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah, Psikometrik – Inventori Kecerdasan Pelbagai (IkeP), PAJSK serta Ujian SEGAK.

OBJEKTIF

1.     mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
2.     memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
KUMPULAN SASARAN
Para ibu bapa dan  81 orang calon UPSR 2018
ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Oran
PERINTUKAN KEWANGAN
Jamuan ibu bapa RM 3 x 80 orang = RM 240
KELEMAHAN
  1. Terdapat juga ibu bapa yang tidak hadir walaupun surat telah di edarkan awal.

KEKUATAN

  1. Ibu bapa dapat pengetahuan awal mengenai PPSR, profile murid, PAJSK dan Psikometrik.
  2. Ibu bapa dapat membantu meransang akademik anak-anak semasa di rumah
PENAMBAHBAIKAN/ POST MORTEM
  1. Menyediakan senarai nama ibu bapa beserta nombor telefon terkini untuk dihubungi jika tidak hadir untuk perjumpaan seterusnya.
TINDAKAN SUSULAN
1.     Menghubungi ibu bapa untuk mengetahui ketidakhadiran dan menyampaikan maklumat yang terkini.
2.     Memberi maklumat kepada murid dari masa ke semasa berkaitan program kecemerlangan sekolah.

Wednesday, 24 August 2016

Jom Ber"Terapi" dengan Cikgu Wan !!!

Terapi Azan (kaedah Puan Yusnizal - SK Tanjung Minyak Melaka)

Alhamdulillah..cuba beranikan diri buat. Try buat kat kelas 6 Mawar dan 5 Mawar....murid positif dan lebih berfokus....anyway teknik ini sangat bagus....





Clay Art Theraphy (terapi tanah liat)

Seronok jugak sekali sekala melayan anak-anak bermain platesin (mano den nak caghi tanoh liat doo)...melalui permainan ini bukan saja dapat mencungkil bakat, potensi, ke'kreatif'an anak-anak kita namun boleh reduce our stress...tak caye...pi beli sekarang dan main...nak best lagi pi beli jenama Playdoh.......best sangat...yang ini Cikgu Wan beli kedai Eco je...RM2.12 aje... jadilah kann....



Grooming Class

Kelas kecantikan?? hmm... nama propgram ni Program Penampilan Diri menarik. setiap kali ada sambutan atau program yang memerlukan murid bersiap diri contohnya pakaian traditional...so..Cikgu wan ambil la kesempatan kat sini....tacap (touch up) sikit2..anymay budak2 tu memang dah comel...sebagai motivasi agar mereka sentiasa berpenampilan menarik....jangan ada yang kecam cikgu wan tau.... :P



Terapi Warna

ini boleh gugel dari tenet...banyak gambar-gambar yang sesuai mengikut tahap kesukaran....

1.      Sedia kertas lukisan
a)     Lukis bola atau apa-apa saja yang sesuai
b)     Sekuntum bunga

Pilihlah imej lukisan yang menunjukkan gender klien kita.
Jika klien perempuan contoh lukisan / imej yang dipilih ialah bunga, baju raya, rama-rama.
Jika klien lelaki contoh imej/lukisan ialah motosikal, kereta.
Contoh lain ialah corak.
Tujuan “warming up”adalah untuk hubungan rappo bersama klien.
FASA 2 (EMOSI)
Emosi ialah perasaan – marah,sedih,gembira,takut,geram,benci,seronok.
Dalam fasa ini, kaunselor boleh menerokai klien dengan 5 (W) persoalan iaitu
-Why (Mengapa)
-Who (siapa)
- What (apa)
- How (Bagaimana)
Perasaan yang boleh diterokai ialah :        Takut, Marah, Sedih
Contoh : minta klien lemparkan perasaan takut, marah dan sedih melalui warna dalam kertas lukisan.
Menurut Colour For Mental Health, warna mempengaruhi tingkah laku.

PENGGUNAAN ART DALAM PROSES BANTUAN MENOLONG
OLEH  :           PROF.MADYA MOHD MAKZAN BIN MUSA
                        JABATAN SISWAZAH PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (UUM)

Ringkasan daripada : Cikgu Rosmawati Bt Abdul Ghani.

Monday, 1 August 2016

Anugerah Murid Contoh 2016

 Anugerah Murid Contoh

Matlamat      :
          Program ini dapat membantu memberi penghargaan kendiri positif kepada murid yang mempunyai potensi dan boleh dicontohi. Anugerah ini di nilai 2 kali setahun mengikut kategori tertentu seperti :
- Anugerah Murid Sahsiah Terpuji/Bersopan Santun
- Anugerah Murid Berpenampilan kemas dan ‘smart’.


Objektif        :
1.    Mewujudkan rasa dihargai dalam kalangan murid.
2.    Mendorong murid lain meniru perlakuan yang baik
3.    Menjadikan murid yang menerima anugerah sebagai contoh yang baik untuk diikuti.

Pelaksanaan  :
1.    Memberi guru-guru menilai murid yang tercalon.
2.    Penghargaan diberi 3 kali setahun.




Monday, 18 April 2016

SELANGKAH SEHALUAN KALI KEDUA 2016


 SELANGKAH SEHALUAN KALI KE-2 TAHUN 2016
TARIKH : 14 APRIL 2016 (KHAMIS)
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
SASARAN : 52 ORANG IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 MAWAR DAN 6 MELATI

SELANGKAH SEHALUAN KALI PERTAMA 2016 DAN MAJLIS AKU JANJI


SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN, 02500 MATA AYER, PERLIS.

AKTIVITI / PROGRAM


SELANGKAH SEHALUAN / PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 KALI PERTAMA 2016

TARIKH


28 Januari 2016 (Khamis)                                

MASA


8.30 pagi  - 11.00 pagi

TEMPAT


DEWAN SERI ORAN


VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Oran Tersenarai Antara 5  Sekolah Terbaik Dan Menjadi Sekolah Contoh Serta Diungguli Di Negeri Perlis Menjelang Tahun 2017.


PERASMI / PENCERAMAH


Taklimat     : Tn. Hj. Adzhar bin Shafie
                   : Ruzaida Bt Ahmad
                   : Pn. Hjh Azizah bt Ab. Aziz
Skor MATE : En. Khairul


MATLAMAT

Kecemerlangan anak-anak tahun 6 merupakan agenda terpenting sekolah disamping kecemerlangan keseluruhan. Oleh itu kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa serta pelajar itu sendiri dapat membantu kejayaan khasnya dalam peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Perjumpaan kali pertama ini lebih berfokus untuk makluman ibu bapa tentang format baru UPSR 2016. pada perjumpaan kali ini juga murid akan melaksanakan akujanji bersama ibu bapa untuk memastikan penetapan target yang di lakukan akan menjadi pendorong agar lebih cemerlang. Selain itu perbincangan yang lebih teliti dan terbuka antara guru kelas dan ibu bapa juga turut diselit agar kecemerlangan itu berkesinambungan. Justeru dengan adanya program seperti ini, murid tahun 6 akan diberi perhatian yang khusus menjelang UPSR  2016.

OBJEKTIF

1.   Menjalin hubungan silatulrahim antara para ibu bapa dengan pihak sekolah.

2.    Mengadakan sesi bersemuka antara ibu bapa dan guru-guru ke arah peningkatan pencapaian pelajar.

3. Perbincangan mengenai program peningkatan dan penambahbaikan ke arah kecemerlangan UPSR 2016

4.   Menggalakkan perbincangan antara ibu bapa dengan guru kelas, guru matapelajaran serta guru bimbingan berkaitan masalah dalam akademik dan juga peribadi ke arah meningkatkan sahsiah serta motivasi murid ke arah yang lebih baik.

5.  Menetapkan target UPSR 2016 bersama anak-anak serta akujanji murid tahun 6 bersama ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

  

KUMPULAN SASARAN


Para ibu bapa dan  71 orang calon UPSR 201

ANJURAN


Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Oran dan guru tahun 6

PERINTUKAN KEWANGAN

PERBELANJAAN
ANGGARAN
JUMLAH
PERUNTUKAN
Jamuan ibu bapa
RM 2.00 x 70
RM 140.00
PIBG

KELEMAHAN


  1. Terdapat juga ibu bapa yang tidak hadir walaupun surat telah di edarkan awal terutamanya kelas 6 Melur.
  2. Terdapat ibu bapa yang tidak mahu hadir walaupun setelah dihubungi semula.


KEBAIKAN

  1. Ibu bapa dapat mengetahui perkembangan aktiviti murid tahun 6 2016 dengan lebih terperinci.
  2. Guru-guru dapat memberi makluman awal situasi dan pencapaian serta masalah yang anak mereka hadapi.
  3. Membincangkan kaedah menggalakkan murid membina sikap untuk belajar semasa di rumah.
  4. Ibu bapa dapat memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka dengan lebih terperinci semasa berada di rumah.


PENAMBAHBAIKAN


  1. Menghubungi ibu bapa yang tidak hadir untuk berjumpa dengan guru besar untuk perbincangan yang lebih terperinci.


            Disediakan oleh                                                                      Disemak oleh



(WAN MAIZATULHORIYAH)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,,
SK Oran, Mata Ayer,

Perlis