Monday, 18 April 2016

SELANGKAH SEHALUAN KALI KEDUA 2016


 SELANGKAH SEHALUAN KALI KE-2 TAHUN 2016
TARIKH : 14 APRIL 2016 (KHAMIS)
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
SASARAN : 52 ORANG IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 MAWAR DAN 6 MELATI

SELANGKAH SEHALUAN KALI PERTAMA 2016 DAN MAJLIS AKU JANJI


SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN, 02500 MATA AYER, PERLIS.

AKTIVITI / PROGRAM


SELANGKAH SEHALUAN / PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 KALI PERTAMA 2016

TARIKH


28 Januari 2016 (Khamis)                                

MASA


8.30 pagi  - 11.00 pagi

TEMPAT


DEWAN SERI ORAN


VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Oran Tersenarai Antara 5  Sekolah Terbaik Dan Menjadi Sekolah Contoh Serta Diungguli Di Negeri Perlis Menjelang Tahun 2017.


PERASMI / PENCERAMAH


Taklimat     : Tn. Hj. Adzhar bin Shafie
                   : Ruzaida Bt Ahmad
                   : Pn. Hjh Azizah bt Ab. Aziz
Skor MATE : En. Khairul


MATLAMAT

Kecemerlangan anak-anak tahun 6 merupakan agenda terpenting sekolah disamping kecemerlangan keseluruhan. Oleh itu kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa serta pelajar itu sendiri dapat membantu kejayaan khasnya dalam peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Perjumpaan kali pertama ini lebih berfokus untuk makluman ibu bapa tentang format baru UPSR 2016. pada perjumpaan kali ini juga murid akan melaksanakan akujanji bersama ibu bapa untuk memastikan penetapan target yang di lakukan akan menjadi pendorong agar lebih cemerlang. Selain itu perbincangan yang lebih teliti dan terbuka antara guru kelas dan ibu bapa juga turut diselit agar kecemerlangan itu berkesinambungan. Justeru dengan adanya program seperti ini, murid tahun 6 akan diberi perhatian yang khusus menjelang UPSR  2016.

OBJEKTIF

1.   Menjalin hubungan silatulrahim antara para ibu bapa dengan pihak sekolah.

2.    Mengadakan sesi bersemuka antara ibu bapa dan guru-guru ke arah peningkatan pencapaian pelajar.

3. Perbincangan mengenai program peningkatan dan penambahbaikan ke arah kecemerlangan UPSR 2016

4.   Menggalakkan perbincangan antara ibu bapa dengan guru kelas, guru matapelajaran serta guru bimbingan berkaitan masalah dalam akademik dan juga peribadi ke arah meningkatkan sahsiah serta motivasi murid ke arah yang lebih baik.

5.  Menetapkan target UPSR 2016 bersama anak-anak serta akujanji murid tahun 6 bersama ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

  

KUMPULAN SASARAN


Para ibu bapa dan  71 orang calon UPSR 201

ANJURAN


Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Oran dan guru tahun 6

PERINTUKAN KEWANGAN

PERBELANJAAN
ANGGARAN
JUMLAH
PERUNTUKAN
Jamuan ibu bapa
RM 2.00 x 70
RM 140.00
PIBG

KELEMAHAN


  1. Terdapat juga ibu bapa yang tidak hadir walaupun surat telah di edarkan awal terutamanya kelas 6 Melur.
  2. Terdapat ibu bapa yang tidak mahu hadir walaupun setelah dihubungi semula.


KEBAIKAN

  1. Ibu bapa dapat mengetahui perkembangan aktiviti murid tahun 6 2016 dengan lebih terperinci.
  2. Guru-guru dapat memberi makluman awal situasi dan pencapaian serta masalah yang anak mereka hadapi.
  3. Membincangkan kaedah menggalakkan murid membina sikap untuk belajar semasa di rumah.
  4. Ibu bapa dapat memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka dengan lebih terperinci semasa berada di rumah.


PENAMBAHBAIKAN


  1. Menghubungi ibu bapa yang tidak hadir untuk berjumpa dengan guru besar untuk perbincangan yang lebih terperinci.


            Disediakan oleh                                                                      Disemak oleh



(WAN MAIZATULHORIYAH)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,,
SK Oran, Mata Ayer,

Perlis