Wednesday, 24 August 2016

Jom Ber"Terapi" dengan Cikgu Wan !!!

Terapi Azan (kaedah Puan Yusnizal - SK Tanjung Minyak Melaka)

Alhamdulillah..cuba beranikan diri buat. Try buat kat kelas 6 Mawar dan 5 Mawar....murid positif dan lebih berfokus....anyway teknik ini sangat bagus....





Clay Art Theraphy (terapi tanah liat)

Seronok jugak sekali sekala melayan anak-anak bermain platesin (mano den nak caghi tanoh liat doo)...melalui permainan ini bukan saja dapat mencungkil bakat, potensi, ke'kreatif'an anak-anak kita namun boleh reduce our stress...tak caye...pi beli sekarang dan main...nak best lagi pi beli jenama Playdoh.......best sangat...yang ini Cikgu Wan beli kedai Eco je...RM2.12 aje... jadilah kann....



Grooming Class

Kelas kecantikan?? hmm... nama propgram ni Program Penampilan Diri menarik. setiap kali ada sambutan atau program yang memerlukan murid bersiap diri contohnya pakaian traditional...so..Cikgu wan ambil la kesempatan kat sini....tacap (touch up) sikit2..anymay budak2 tu memang dah comel...sebagai motivasi agar mereka sentiasa berpenampilan menarik....jangan ada yang kecam cikgu wan tau.... :P



Terapi Warna

ini boleh gugel dari tenet...banyak gambar-gambar yang sesuai mengikut tahap kesukaran....

1.      Sedia kertas lukisan
a)     Lukis bola atau apa-apa saja yang sesuai
b)     Sekuntum bunga

Pilihlah imej lukisan yang menunjukkan gender klien kita.
Jika klien perempuan contoh lukisan / imej yang dipilih ialah bunga, baju raya, rama-rama.
Jika klien lelaki contoh imej/lukisan ialah motosikal, kereta.
Contoh lain ialah corak.
Tujuan “warming up”adalah untuk hubungan rappo bersama klien.
FASA 2 (EMOSI)
Emosi ialah perasaan – marah,sedih,gembira,takut,geram,benci,seronok.
Dalam fasa ini, kaunselor boleh menerokai klien dengan 5 (W) persoalan iaitu
-Why (Mengapa)
-Who (siapa)
- What (apa)
- How (Bagaimana)
Perasaan yang boleh diterokai ialah :        Takut, Marah, Sedih
Contoh : minta klien lemparkan perasaan takut, marah dan sedih melalui warna dalam kertas lukisan.
Menurut Colour For Mental Health, warna mempengaruhi tingkah laku.

PENGGUNAAN ART DALAM PROSES BANTUAN MENOLONG
OLEH  :           PROF.MADYA MOHD MAKZAN BIN MUSA
                        JABATAN SISWAZAH PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (UUM)

Ringkasan daripada : Cikgu Rosmawati Bt Abdul Ghani.

Monday, 1 August 2016

Anugerah Murid Contoh 2016

 Anugerah Murid Contoh

Matlamat      :
          Program ini dapat membantu memberi penghargaan kendiri positif kepada murid yang mempunyai potensi dan boleh dicontohi. Anugerah ini di nilai 2 kali setahun mengikut kategori tertentu seperti :
- Anugerah Murid Sahsiah Terpuji/Bersopan Santun
- Anugerah Murid Berpenampilan kemas dan ‘smart’.


Objektif        :
1.    Mewujudkan rasa dihargai dalam kalangan murid.
2.    Mendorong murid lain meniru perlakuan yang baik
3.    Menjadikan murid yang menerima anugerah sebagai contoh yang baik untuk diikuti.

Pelaksanaan  :
1.    Memberi guru-guru menilai murid yang tercalon.
2.    Penghargaan diberi 3 kali setahun.